WADI BAS & VAN: August 2016

12 August 2016

SONGKHLA & HATYAI TOUR 2016 PAKEJ 1 HARI (BAS @ VAN)

SONGKHLA & HATYAI TOUR 2016

PAKEJ 1 HARI (BAS @ VAN)



8.00pagi – 9.00 pagi    : Urusan imigresen Malaysia/Thailand.
10.00 pagi –1.00 petang: Membeli belah di Hatyai,Pusat Makanan Kering. Makan tengahari (perbelanjaan
sendiri) dan anda berpeluang berjalan–jalan di pekan Hatyai sendirian sehingga jam
untuk bertolak ke destinasi seterusnya.
1.00 pt  : Bertolak ke Ice Dome
1.30 ptg: Bermain Ice Dome (snow ice) bayaran sendiri.
3.00 ptg: Bertolak ke Songkhla
4.30 ptg: Sampai di Songkhla. Kemudian anda akan terus bertolak ke Pantai
Songkla. Jangan lupa bergambar bersama ikan duyung sambil menikmati
aiskrim kelapa yang menarik untuk di cuba di sana. Lawatan juga meliputi :
Koyo Island, Pantai Samila
5.00 ptg: Bertolak ke Phattalung untuk ke Masjid Wilayah untuk sembahyang jamak
Takhir (Asar danZohor).
5.30 ptg  : Pada sebelah petang, kita akan pergi ke Floating Market di
mana kita akan melihat penjual-penjual makanan menjual di atas sampan.
6.30 ptg: Bertolak ke Danok.
7.30 ptg : Membeli belah,makan malam di Danok sebelum bertolak ke imigresen.
9.30 malam  : Bertolak ke sempadan untuk balik ke Malaysia
11.00 malam : Di jangka sampai

Pakej termasuk:RM 80/PAXX
1)    Pengangkutan bas hawa dingin pergi dan balik
2)    Tour guide di Thailand
3)    Insuran penumpang di Thailand

Tidak termasuk :
1)    Makan dan minum
2)    Bayaran tempat melawat
3)    Ice Dome (perbelanjaan sendiri RM30 seorang)


*Untuk Group Package boleh pilih naik bas atau van 17 seater




**Harga dan tarikh tertakluk kepada perubahan semasa, aturcara sebagai rujukan sahaja**



          FREE INFO/CONSULTATION


        
          CALL: 012-4245000 (WADI)

SEJARAH BAS

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat tanda bas pertama disediakan seawal 1662[1], walaupun perkhidmatan pengangkutan awam bas serius yang ditarik kuda tidak bermula sehingga 1820-an.

Jenis perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]


Bas transit tempatan di Canberra,ACT.
  • Bas transit tempatan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
  • Bas antara bandar - Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
  • Bas shuttle - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
  • Bas persiaran - Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
  • Bas sekolah - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
  • Bas Pekerja Digunakan untuk menghantar dan mengambil balik pekerja dari tempat kediaman mereka ke kilang tempat mereka bertugas.
  • Bas Ekspres Memberikan perkhidmatan jarak jauh antara bandar-bandar besar.
Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapalterbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.

Jenis bas[sunting | sunting sumber]


Bas Biarticulated (Expresso Biarticulado) di CuritibaBrazil.

Bas ekspres yang diletakkan diChichen ItzaMexico.
  • Bas komuter (juga dikenali sebagai bas transit) biasanya mempunyai dua gandar serta dua pintu (hadapan dan tengah). Tempat duduk bas komuter selalunya terhad serta mempunyai ruang untuk penumpang berdiri. Ruang meletak barang juga tidak disediakan kerana ketinggian lantai yang rendah.
  • Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar sekolah.
  • Bas elektrik yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
  • Tram atau bas troli merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
  • Bas hibrid atau bas kacukan yang menggunakan gabungan sumber elektrik daripada bateri dengan enjin pembakaran dalaman.
  • Bas ekspres atau koc adalah lebih berat, selalunya mempunyai tiga gandar dengan hanya satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Terdapat pilihan antara kerusi penumpang jenis 2+2 atau 2+1. Ketinggian lantainya juga agak tinggi, membolehkan ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil. Juga terdapat Bas Ekspres dua tingkat dan Semi Hi-Decker (lantai lebih tinggi dari biasa)

Pengeluaran bas[sunting | sunting sumber]

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas. Kerangka terkini jenis Monocoque didakwa lebih ringan dan lebih selamat sehingga mencapai tahap ECE R66
Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti sistem pemantauan GPS,onboard Wi-Fi, Permainan Komputer, Skrin LCD Peribadi, tempahan tiket secara atas talian serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas.

Di Malaysia ada beberapa jenis perkhidmatan bas

1. Bas Ekspres.
2. Bas Persiaran
3. Bas Catar
4. Bas Berhenti-henti
5. Bas Pekerja
6. Bas Sekolah
7. Bas Persendirian
8. Bas milik Kerajaan

Perkhidmatan utama syarikat BAS WADI adalah menawarkan perkhidmatan Bas Catar. Perkhidmatan kami telah membawa para pelanggan kami ke seluruh destinasi semenanjung Malaysia. Lokasi utama BAS WADI adalah di Kangar Perlis. Untuk perkhidmatan dan pertanyaan sila hubungi pengarah syarikat Encik Wadi 012-4245000


ASWADI BAHARUDDIN SDN BHD Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign